Sister In Islam.. Mana Hilangnya Jakim, Mufti & Ulamak?

Posted by welcome On Sunday, February 28, 2010 0 comments

Sister In Islam tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Penubuhannya pada tahun 1988 bertujuan membela imej wanita yang dikatakan ditindas atau tidak dibela. Niat murni ini sewajarnya dipuji namun persoalan yang timbul, adakah NGO ini ingin membela wanita dari ditindas kerajaan atau agama?


Zainah Anwar
(Beliau memimpin SIS lebih dari 20 tahun dan disenaraikan antara 500 individu muslim berpengaruh di dunia tahun 2009)

Melihat kepada pelbagai pendapat-pendapat ahli SIS, khususnya mantan Pengerusinya Zainah Anwar sendiri, dapat digambarkan SIS yang dianggotai wanita-wanita dari golongan profesional ini, banyak mempertikaikan permasalahan wanita dalam perundangan Syariah Islam disamping mencabar undang-undang ketidaksamarataan hak kepada wanita. Selain itu, SIS juga memperluaskan perjuangan mereka kepada hak-hak asasi hatta kepada perlembagaan itu sendiri.

Tidak cukup dengan pandangan-pandangan yang kontroversi oleh pemimpin mereka seperti mempertikaikan konsep poligami dalam Islam apabila mereka mengeluarkan kenyataan pada 8 Januari 1992 yang menyatakan Islam bukan menggalakkan poligami. Selain isu poligami, hak pembahagian harta pusaka juga dipersoalkan SIS yang menyifatkan ianya meminggirkan kaum wanita. Kontroversi demi kontroversi yang timbul memaksa PAS, parti pembangkang yang memperjuangkan kedaulatan Islam menyiasat kedudukan SIS dan jika terbukti mereka sesat, hendaklah diharamkan. Cadangan ini dilontarkan dalm muktamar PAS 2009 yang diterima tanpa bahas. Bagaimanapun, desakan untuk memaksa Jakim bertindak turut mendapat bantahan dari seorang yang bergelar muslim sendiri iaitu mantan PM, Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO sekarang.

Dr.hamidah Merican

Terbaru tahun ini menyaksikan sekali lagi SIS melalui Pengerusi Eksekutif baru mereka Dr. Hamidah Merican yang mempertikaikan hukuman sebat terhadap 3 pesalah wanita sedangkan ianya bukan sahaja jelas dalam peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Islam Wilayah Persekutuan malah ianya telah disepakati oleh ulamak dan ijmak berdasarkan dalil-dalil yang qat'ie. Benarlah sebagaimana yang diperkatan Presiden PAS, mereka selayaknya menamakan Sister in Kafir, bukan Sister in Islam. Islam tidak layak bagi golongan-golongan penentang seperti mereka.

SIS dijangka akan terus dengan konsep perjuangan sesat mereka selagimana tiadanya badan tertentu seperti Jakim dan mufti-mufti bertindak dan mengeluarkan fatwa keharamannya. Golongan-golongan agama ini dilihat lebih banyak menyepi dari mereka apabila memperkatakan kebenaran dalam agama. Bukan menuding jari menyalahkan mereka tetapi 'kesenyapan' mereka ini mengundang persoalan apakah tugas ulamak dan mufti sebenarnya. Janganlah kerana kepentingan dan jawatan, hak dan kebenaran agama itu sanggup digadaikan.

0 comments to Sister In Islam.. Mana Hilangnya Jakim, Mufti & Ulamak?

Post a Comment