Boikot Earth Hour 2010

Posted by welcome On Tuesday, March 2, 2010 0 comments


Mungkin apabila anda membaca tajuk di atas, anda akan mengatakan SS anti kerajaan. Sebenarnya tidak, SS bukan berniat mengajak pembaca memboikot usaha murni organisasi global ini malah SS turut mengajak semua penduduk di Malaysia untuk bersama-sama menyokong Program Earth Hour ini pada 27 Mac 2010 iaitu hari Rabu bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Padamkanlah lampu di rumah anda, di pejabat, atau di mana sahaja sebagai menunjukkan sokongan anda kepada usaha ini.

Pernahkah anda terfikir satu jam itu mampu menyelamatkan bumi ini? menyelamatkan persekitaran dan iklim buruk bumi? Mampukan tumbuhan dan haiwan hidup bebas, segar, aman dan tidak terancam melalui tindak tanduk manusia ini dengan balasan satu jam?

Tahun 2009, ketika pertama kali program ini diperkenalkan ianya telah menarik jutaan manusia dari 88 buah negara dan 4000 buah kota. Sokongan besar ini mungkin menjadi landasan permulaan yang baik bagi menjayakan program Earth Hour tahun 2010 ini. Diharapakan tahun ini akan menampakkan anjakan besar dalam statistiknya.



Bagaimanapun, usaha rakyat Malaysia perlu di pandang murni oleh kerajaan dengan mengetepikan cadangan kenaikan tarif elektrik yang hangat diperdebatkan baru-baru ini. Amatlah rugi jika rakyat yang berjuta orang menyokong penjimatan elektrik ini dibalas dengan kenaikan tarif oleh kabinet. Jika kenaikan ini diumumkan sebelum berlakunya Eath Hour, inilah boikot yang SS maksudkan.


Sebenarnya, satu jam tidak langsung mempengaruhi kesan tangan-tangan manusia di bumi ini namun, usaha ini patut di puji kerana ianya perlu dianggap permulaan bagi meningkatkan kesedaran kepada satu lagi golongan makhluk bumi yang bergelar manusia
.


10 Pemimpin Paling Kejam Di Dunia!!

Posted by welcome On Monday, March 1, 2010 0 comments

10- Idi Amin (Uganda) 1971-1979

Membunuh 300,000 orang

9- Ante Pavelic (Croatia) 1941-1944


Membunuh 300,000 orang

8- Theoniste Bagosare (Rwanda) 1994


Membunuh 1,000,000 orang

7- Pol Pot (Kemboja) 1975-1979


Membunuh 1,400,000 orang

6- Saddam Hussein ( Iraq) 1979-2003

Membunuh 2,000,000 orang

5- Mohamed Suharto (Indonesia) 1967-1998

Membunuh 2,000,000 orang

4- Kim Il Sung (Korea Utara) 1948-1994


Membunuh 3,000,000 orang

3- Adolf H
itler (Jerman) 1939-1945

Membunuh 11,000,000 orang

2-
Joseph Stalin (Soviet Union) 1929-1953

Membunuh 20,000,000 orang

1- Mao Tse Sung (China) 1949-1976


Membunuh 35,000,000 orang


Sister In Islam.. Mana Hilangnya Jakim, Mufti & Ulamak?

Posted by welcome On Sunday, February 28, 2010 0 comments


Sister In Islam tidak perlu diperkenalkan lagi di negara ini. Penubuhannya pada tahun 1988 bertujuan membela imej wanita yang dikatakan ditindas atau tidak dibela. Niat murni ini sewajarnya dipuji namun persoalan yang timbul, adakah NGO ini ingin membela wanita dari ditindas kerajaan atau agama?


Zainah Anwar
(Beliau memimpin SIS lebih dari 20 tahun dan disenaraikan antara 500 individu muslim berpengaruh di dunia tahun 2009)

Melihat kepada pelbagai pendapat-pendapat ahli SIS, khususnya mantan Pengerusinya Zainah Anwar sendiri, dapat digambarkan SIS yang dianggotai wanita-wanita dari golongan profesional ini, banyak mempertikaikan permasalahan wanita dalam perundangan Syariah Islam disamping mencabar undang-undang ketidaksamarataan hak kepada wanita. Selain itu, SIS juga memperluaskan perjuangan mereka kepada hak-hak asasi hatta kepada perlembagaan itu sendiri.

Tidak cukup dengan pandangan-pandangan yang kontroversi oleh pemimpin mereka seperti mempertikaikan konsep poligami dalam Islam apabila mereka mengeluarkan kenyataan pada 8 Januari 1992 yang menyatakan Islam bukan menggalakkan poligami. Selain isu poligami, hak pembahagian harta pusaka juga dipersoalkan SIS yang menyifatkan ianya meminggirkan kaum wanita. Kontroversi demi kontroversi yang timbul memaksa PAS, parti pembangkang yang memperjuangkan kedaulatan Islam menyiasat kedudukan SIS dan jika terbukti mereka sesat, hendaklah diharamkan. Cadangan ini dilontarkan dalm muktamar PAS 2009 yang diterima tanpa bahas. Bagaimanapun, desakan untuk memaksa Jakim bertindak turut mendapat bantahan dari seorang yang bergelar muslim sendiri iaitu mantan PM, Tun Mahathir dan Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO sekarang.

Dr.hamidah Merican

Terbaru tahun ini menyaksikan sekali lagi SIS melalui Pengerusi Eksekutif baru mereka Dr. Hamidah Merican yang mempertikaikan hukuman sebat terhadap 3 pesalah wanita sedangkan ianya bukan sahaja jelas dalam peruntukan Akta Kesalahan Jenayah Islam Wilayah Persekutuan malah ianya telah disepakati oleh ulamak dan ijmak berdasarkan dalil-dalil yang qat'ie. Benarlah sebagaimana yang diperkatan Presiden PAS, mereka selayaknya menamakan Sister in Kafir, bukan Sister in Islam. Islam tidak layak bagi golongan-golongan penentang seperti mereka.

SIS dijangka akan terus dengan konsep perjuangan sesat mereka selagimana tiadanya badan tertentu seperti Jakim dan mufti-mufti bertindak dan mengeluarkan fatwa keharamannya. Golongan-golongan agama ini dilihat lebih banyak menyepi dari mereka apabila memperkatakan kebenaran dalam agama. Bukan menuding jari menyalahkan mereka tetapi 'kesenyapan' mereka ini mengundang persoalan apakah tugas ulamak dan mufti sebenarnya. Janganlah kerana kepentingan dan jawatan, hak dan kebenaran agama itu sanggup digadaikan.


Internet di Malaysia Memalukan..

Posted by welcome On Saturday, February 27, 2010 0 comments

Awal tahun ini, media elektronik Malaysia khususnya televisyen menyaksikan perang iklan antara gergasi utama dalam penyediaan Internet iaitu Streamyx vs Wimax. Jarang sekali di Malaysia keadaan perang iklan ini berlaku. Keadaan ini sudah tentulah membuahkan perasaan ingin tahu, kesedaran dan minat untuk pengguna memiliki pakej yang di tawarkan. Di luar negara, peperangan sebegini juga pernah berlaku. Antaranya perang iklan antara Coca-cola dan Pepsi di samping yang terbaru Microsoft Windows dan Apple Max.

Ayat "potong" yang digunakan Wimax sebenarnya memberi impak yang besar kepada saingannya Streamyx. Walaupun Streamyx sudah bertapak kukuh dalam penyediaan prasarana internet negara, namun kewujudan iklan ini mampu menarik pelanggan-pelanggan khususnya pelanggan baru untuk memilih Wimax. Tidak mahu mengalah dengan video-video iklan Wimax, Streamyx membalasnya dengan cukup pedih sekali apabila memaparkan gambar model iklan yang sedang memegang laptop di tepi tingkap seolah-olah tidak mendapat liputan yang lancar dan laju. Di tambah pula, model iklan tersebut menyerupai Ketua Pegawai Eksekutif Wimax, Michael Lai.


P1 Wimax
vs
Streamyx


Persaingan hebat di antara dua gergasi ini internet ini sebenarnya menampakkan imej kebebasan media dan pengguna mempunyai hak memilih yang terbaik bagi mereka. Bagaimanapun, apa yang menyedih dan memalukan ialah perang hebat tersebut tidak dibawa kepada kehebatan kelajuan internet mereka. Banyak aduan-aduan dan rungutan yang diterima menunjukkan tahap kelajuan internet di Malaysia amat tiidak memuaskan. Perkara ini juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar apabila pelabur asing merasa bimbang untuk membuat pelaburan disebabkan internet Malaysia yang lembab.

Satu lagi faktor memalukan ini boleh dilihat apabila perbandingan internet Malaysia dan Singapura dibuat perbandingan. Mungkin persoalan yang timbul adalah, perlukah dibandingkan dengan Singapura? Ya, sememangnya perlu kerana Malaysia pernah mempunyai tahap yang sama dengan internet Singapura pada tahun 1999. Internet di Singapura bukan sahaja dinilai dengan kelajuannya berbanding dengan Malaysia malah harganya juga lebih murah. Justeru, persaingan dan peperangan ini sepatutnya didahului dengan penyediaan prasarana yang baik.

Berikut adalah perbandingan di antara Internet Service Provider di Malaysia dan Singapura.


MALAYSIA

Pakej 1 ( Streamyx)


SINGAPURA

Pakej 1






Pakej 2




Kadar tukaran asing yang tidak sama antara dua negara, masih menunjukkan Malaysia ketinggalan dari segi kerendahan harga. Kerajaan baru-baru ini melalui Perdana Menteri mengumumkan untuk menaikkan kelajuan internet kepada 10Mb dalam bajet akan datang. Diharapakn dengan cadangan ini akan memperbaiki imej Malaysia dalam penyediaan jalur lebar. Saranan ini juga patut diberikan kepada ISP untuk memberikan prasarana dan perkhidmatan yang lebih baik.


100 Tokoh Berpengaruh Dalam Sejarah

Posted by welcome On Friday, February 26, 2010 0 comments





Michael H.Hart dalam bukunya The 100: A Ranking of The Most Influential Persons in History telah meletakkan junjungan besar Nabi Muhammad SAW di tangga paling atas dalam senarai tersebut. Walaupun buku tersebut diterbitkan pada tahun 1978, namun perdebatan dan perbincangan terhadp buku penulisan beliau, masih hangat diperkatakan. Adakah dengan meletakkan seorang yang bernama Muslim dan Rasul bagi umat Islam yang menjadikan buku tersebut di perdebatkan?

Buku ini diulang cetak pada tahun 1992 yang menyaksikan beberapa nama telah ditukar. Antaranya kemunculan nama pemimpin komunis Vladimir Lenin dan Mao Zedong selain tersenarainya nama Henry Ford dan Ernest Rutherford. Buku ini bagaimanapun hanyalah pendapatnya sahaja. Bagaimanapun, kedudukan Rasul Muhammad di kedudukan utama yang tidak berubah menampakkan beliau mengakui keunggulan Muhammad sebagai pemimpin unggul walaupun penulis hanyalah menggunkan istilah berpengaruh, bukannya pemimpin agung.

Berikut merupakan senarai 100 Individu Paling Berpengaruh dalam Buku Tersebut :
1- Muhammad
2- Isaac Newton

3- Jesus Christ (Isa a.s)
4- Siddharta Gautama
5- Confucious
6- St. Paul

7- Ts'ai Lun
8- Johann Gutenberg
9- Christopher Columbus

10- Albert Einstein

11- Louis Pasteur
12- Galileo Galilei

13- Aristotle

14- Euclid
15- Musa
16- Charles Darwin

17- Shih Huang Ti
18- Augustus Caesar
19- Nicolaus Copernicus
20- Antoine Laurent Lavoisier
21- Constantine
22- James Watt
23- Michael Faraday
24- James Clerk Maxwell
25- Marthin Luther

26- George Washington

27- Karl Marx

28- Orville dan Wilbur Wright
29- Genghis Khan
30- Adam Smith
31- Edward the Vere
32- John Dalton
33- ALexander the Great
34- Napoleon Bonaparte
35- Thomas Edison
36- Antony van Leeuwenhoek
37- William T.G Morgan
38- Guglielmo Marconi
39- Adolf Hitler

40- Plato
41- Oliver Cromwell
42- Alexander Graham Bell

43- Alexander Fleming
44- John Locke
45- Ludwig van Beethoven

46- Werner Heisenberg
47- Lousi Daguerre
48- Simon Bolivar
49- rene Descartes
50- Michaelangelo
51- Paus Urban II
52- Umar ibn al-Khattab
53- Asoka
54- St. Augustine

55- William Harvey
56- Ernest Rutherford

57- John Calvin

58- Gregor Mendel
59- Max Planck
60- Joseph Lister
61- Nikolaus August Otto
61- Francisco Pizarro

63- Hernando Cortes
64- Thomas Jefferson
65- Ratu Isabella I
66- Joseph Stalin
67- Julius Caesar
68- William A Conquer
69- Sigmund Freud
70- Edward Jenner
71- Wilhem Conrad Roentgen
72- Johann Sebastian Bach
73- Lao Tzu
74- Voltaire
75- Johannes Kepler
76- Enrico Fermi
77- Leonhard Euler
78- Jean-Jacques Rousseau
79- Niccolo Machiavelli
80- Thomas Malthus
81- John F. Kennedy
82- Gregory Pincus
83- Mani
84- Lenin
85- Sui Wen Ti
86- Vasco The Gama

87- Cyrus The Great
88- Peter The Great
89- Mao Zedong

90- Francis Bacon
91- Henry Ford
92- Mencius
93- Zoroaster
94- Ratu Elizabeth I
95- Mikhail Gorbachev

96- Menes
97- Charlemagne

98- Homer
99- Justinian I
100- Mahavira

Buku ini sebenarnya mampu menunjukkan Islam itu dipersetujui oleh banyak pihak. Namun adakah umat Islam sendiri sedar dengan keadaan ini? Renungkanlah.




Akta Halal Akan Dikuatkuasakan!!

Posted by welcome On 0 comments


Tun Abdullah Ahmad Badawi wajar diberikan kredit dan tahniah atas sumbangan besar beliau mengilhamkan halal hub sebagai suatu sumber ekonomi baru Malaysia. Walaupun, pasaran-pasaran halal negara sudah wujud sebelum era Tun Abdullah, namun di zaman beliaulah tampak industri ini mula rancak dan meningkat naik. Malah kursus-kursus halal mula diadakan ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tidak terlepas peluang apabila institusi pendidikan juga menjadikan halal sebagai satu peluang pendidikan kepada pelajar.

Kini, setelah beberapa tahun berlalu nampaknya industri halal sudah berjaya menembusi pasaran dunia khususnya Asia Barat. Umat Islam di seluruh dunia yang dianggarkan seramai 1.8 billion hanya menadah dan bersedia sahaja menerima kedatangan barangan halal ini di depan mereka. Justeru, peluang yang terbuka luas ini wajar digenggam secepatnya oleh usahawan negara khususnya mereka yang bergelar Muslim.

High Beam Research dalam kajiannya mendapati berlakunya lonjakan besar dalam nilai pasaran global hampir tiga kali ganda pada tahun ini iaitu sebanyak RM1.7 trillion berbanding RM510 billion pada tahun 2007. Di sebalik situasi positif ini, wujud kebimbangan status halal tersebut diselewengkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Justeru, satu Akta Halal akan dibentangkan kepada Parlimen pertengahan tahun ini dan jika diluluskan, ianya akan berkuatkuasa pada tahun hadapan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharum ketika mengulas isu ini menyatakan, akta ini bertujuan menjaga kemaslahatan umat Islam yang selama ini terkeliru dengan isu halal lebih-lebih lagi berkaitan logo, penyediaan makanan dan pembungkusan.

Semoga dengan wujudnya akta ini kelak, maka tiadalah berlakunya kekeliruan dan penipuan terhadap status kehalalan sesuatu produk disamping dapat mengheret mereka yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan.


Walaupun di namakan Pau Ahmad, tetapi ianya dikilangkan
oleh syarikat bukan Muslim. Halalkah?


My Name Is Khan.. Mengangkat Martabat Agama Melalui Filem!

Posted by welcome On 0 comments



My Name Is Khan. Begitulah tajuk sebuah filem yang dikatakan membantu membersihkan sedikit imej Islam di dunia yang dikuasai Barat kini. Walaupun tayangannya menimbulkan kekecohan bukan sahaja di luar negara bahkan di negara penerbitannya sendiri iaitu India yang menyiifatkan sebagai racist atau perkauman. Apa sekalipun, filem lakonan aktor Bollywood terkenal iaitu Shah Rukh Khan ini sudah berjaya menimbulkan 'ketakutan' kepada Barat betapa umat Islam juga boleh bangkit melalui filem.

Adakah dengan sebuah filem bertajuk My Name Is Khan ini sudah berjaya menggerunkan dan membersihkan ketidakfahaman dunia kepada Islam? Cuba renungkan jika sepuluh, seratus, atau seribu filem bercorak sedemikian mewarnai pawagam-pawagam di seluruh dunia. Pernahkah kita terfikir umat Islam sejumlah 1 billion orang di dunia ini dapat disatukan dengan media baru bergelar pawagam?

Hakikatnya, masyarakat Islam masih tidak sedar atau sengaja tidak menyedarkan diri mereka untuk membantu menaikkan imej Islam. Jika dilihat di Malaysia, filem-filem yang di produksikan hanyalah bertujuan meraih keuntungan semata-mata. Pemilihan tema gejala sosial dan kuning meresapi pemikiran mereka. Lantas, terhasillah filem seperti Impak Maksima, Rem-it, Bohsia, Gaduh, Papadom dan banyak lagi. Jika difikirkan, filem-filem ini sedikitpun tidak menyedarkan anak-anak muda khususnya, betapa dunia ketika ini dilanda wabak hedonisme. Mampukah filem-filem Malaysia ketika ini mengembalikan imej Islam?

Barat sejak dahulu lagi sudah banyak menjajah pemikiran umat Islam untuk mempercayai mereka, mengakui kebaikan mereka, mempersetujui tindakan mereka dengan menonjolkannya melalui media baru ini. Filem Rambo misalnya, berjaya menunjukkan kehebatan dan kebaikan Barat menceroboh negara Vietnam dengan misi yang murni, jauh sekali dari hakikat sebenar dunia nyata. Justeru, penggiat-penggiat filem yang mengakui mereka Islam, haruslah melangkah lebih maju dan ikhlas dalam membantu menaikkan imej Islam.


Artis & Perceraian

Posted by welcome On 0 comments

Jika di Hollywood perceraian di kalangan artis dianggap perkara yang remeh sehingga definisi kekeluargaan itu tidak langsung dipandang tinggi. Demikian itulah ramai di kalangan yang berjaya memandang serong terhadap erti perkahwinan. Adalah menjadi perkara yang biasa di kalangan mereka tidak berkahwin sepanjang usia.

Di Malaysia jugak tahun-tahun kebelakangan ini, perkahwinan juga mula dipermain-mainkan. Maka wujudlah perceraian dan keruntuhan rumah tangga. Jika dihimpunkan, sudah terlalu ramai di kalangan artis mahupun rakyat biasa dibiasakan dengan isu perceraian yang amat dimurkai Allah. "Bergegar Arasy Allah". Itulah ungkapan dan kata-kata yang menzahirkan betapa perceraian itu patut dielakkan. Timbul persoalan, adakah budaya Melayu dan tindak tanduk umat Islam ketika ini sudah dipengaruhi Barat? Jika melihat situasinya, begitulah keadaan yang berlaku.