Boikot Earth Hour 2010

Posted by welcome On Tuesday, March 2, 2010 0 comments

Mungkin apabila anda membaca tajuk di atas, anda akan mengatakan SS anti kerajaan. Sebenarnya tidak, SS bukan berniat mengajak pembaca memboikot usaha murni organisasi global ini malah SS turut mengajak semua penduduk di Malaysia untuk bersama-sama menyokong Program Earth Hour ini pada 27 Mac 2010 iaitu hari Rabu bermula jam 8.30 malam hingga 9.30 malam. Padamkanlah lampu di rumah anda, di pejabat, atau di mana sahaja sebagai menunjukkan sokongan anda kepada usaha ini.

Pernahkah anda terfikir satu jam itu mampu menyelamatkan bumi ini? menyelamatkan persekitaran dan iklim buruk bumi? Mampukan tumbuhan dan haiwan hidup bebas, segar, aman dan tidak terancam melalui tindak tanduk manusia ini dengan balasan satu jam?

Tahun 2009, ketika pertama kali program ini diperkenalkan ianya telah menarik jutaan manusia dari 88 buah negara dan 4000 buah kota. Sokongan besar ini mungkin menjadi landasan permulaan yang baik bagi menjayakan program Earth Hour tahun 2010 ini. Diharapakan tahun ini akan menampakkan anjakan besar dalam statistiknya.



Bagaimanapun, usaha rakyat Malaysia perlu di pandang murni oleh kerajaan dengan mengetepikan cadangan kenaikan tarif elektrik yang hangat diperdebatkan baru-baru ini. Amatlah rugi jika rakyat yang berjuta orang menyokong penjimatan elektrik ini dibalas dengan kenaikan tarif oleh kabinet. Jika kenaikan ini diumumkan sebelum berlakunya Eath Hour, inilah boikot yang SS maksudkan.


Sebenarnya, satu jam tidak langsung mempengaruhi kesan tangan-tangan manusia di bumi ini namun, usaha ini patut di puji kerana ianya perlu dianggap permulaan bagi meningkatkan kesedaran kepada satu lagi golongan makhluk bumi yang bergelar manusia
.

0 comments to Boikot Earth Hour 2010

Post a Comment